Wednesday 7 September 2011

Alaf21 - September 2011 - 4




Penulis: Serunai Faqir
Harga: RM15.00
Halaman: 352
 
Sinopsis: Kitab itu sudah jatuh ke tangan Namtar! Jin itu kini sangat angkuh dengan kuasa daripada ilmu kitab tersebut. Kerana kuasa kitab itu... makhluk dari alam jin mahu merampasnya daripada Namtar. Marcel dikerah mendapatkan kitab itu. Jika tidak, maut menantinya. Kerana kuasa kitab itu juga... Pakku mahu hak diambil semula sebelum jin ‘menggoncang’ dunia manusia. Lalu dia mengaturkan hala. Tunku, Nik, Hizal, Suraya, Tengku Fauzi, Meor dan Syed disatukan. Mereka bertujuh bergabung. Istana Namtar harus ditempur, demi kitab warisan Laksamana Amar Diraja. Kala mantera alam ghaib ditentang mantera alam nyata, raungan yang kedengaran amat mengerikan. Dan nyawa... nilainya sudah tidak bermakna.

Alaf21 - September 2011 - 3





Penulis: Arfa Ardiya
Harga: RM19.90
Halaman: 480
 
Sinopsis: Ketenangan yang terpamer di wajahnya tidak menggambarkan sekeping hati yang dimiliki oleh insan bernama Husna Nusrah. Di sebalik kelembutan dan ketegasan itu, tersembunyi satu konflik dalaman di dalam dirinya. Selama 29 tahun, dia hidup bagai orang terbuang dan tersisih daripada keluarga sendiri. Namun kerana tanggungjawab, dia terpaksa menjaga orang yang begitu tegar menyakiti hatinya sedangkan kasih sayang untuk insan bergelar ibu telah lama mati.

Dalam Nusrah berperang dengan perasaan sendiri, kehadiran Akiff sebagai jiran telah berjaya membuatkan hati kerikilnya kenal apa makna pengorbanan seorang ibu. Keprihatinan Akiff juga berjaya membuatkan Nusrah mengakui cintanya milik lelaki itu. Namun, setiap kisah cinta ada cabarannya tersendiri. Kehadiran Asnidah, telah membongkar satu rahsia yang disimpan kemas oleh Akiff. Hanya kerana kenangan lama, api cinta yang sedang membara seakan terpadam. Lafaz kata adakalanya tidak mencerminkan kata hati. Sanggupkah Nusrah membiarkan jiwanya terluka buat kesekian kali demi kebahagiaan orang yang disayangi? Dia rela menjadi bintang yang sentiasa berkerlipan menghiasi dada malam.

Alaf21 - September 2011 - 2






Penulis: Murni Aqila
Harga: RM21.00
Halaman: 528
 
Sinopsis: Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...
“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Alaf21 - September 2011 - 1


Penulis: Zuri Yanie
Harga: 19.90
Halaman: 496

Sinopsis: BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

Buku Prima - September 2011 - 3




Penulis: SALLEH SHIHABUDDIN
Harga: RM19.90
Halaman: 480 m/s
 
Sinopsis: Nor Akma dan Nor Atikah adalah dua beradik. Nor Akma telah dinodai dan mengandungkan anak Najeev Hakimi. Kemudian lelaki itu meninggalkannya. Tanpa belas kasihan Nor Akma dipukul dan diusir ayahnya. Akhirnya dia tinggal bersama keluarga angkat yang tanpa pengetahuannya adalah ayah dan ibu Najeev Hakimi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Di university, Izham Ha? z jatuh hati kepadanya. Tapi sayang, cintanya ditinggalkan ‘gantung tak bertali’ sebelum mereka bertemu kembali. Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, menemukan kembali Nor Akma dan Najeev Hakimi. Perasaan benci kembali menular di hati. Tetapi tidak bagi Najeev Hakimi. Cinta Nor Akma perlu diraih kembali walaupun dirinya sudah dimiliki Nor Atikah, adik Nor Akma sendiri. Di antara Nor Atikah dan Nor Akma, siapakah yang menjadi pilihan hati Najeev Hakimi? Relakah Nor Atikah berkorban demi kakaknya?

Buku Prima - September 2011 - 2




Penulis: PITTERIAH ABDULLAH
Harga: RM25.90
Halaman:  668
 
Sinopsis: Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah ditembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?

Novel - Bukuprima - Septermber 2011 - 1


Penulis: MAZNI AZNITA
Harga: RM25.90
Halaman: 624

Sinopsis: Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.