Monday 22 August 2011

Novel - Alaf21 - Keluaran Ogos 2011 ~ 4


Harga: RM21.00
Halaman: 528
Penulis:
 Aini Marisha
ISBN: 
978-983-124-692-4 
 
Sinopsis:  ‘Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.’

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.



Novel - Alaf21 - Keluaran Ogos 2011 ~ 3


Harga:RM21.00
Halaman: 544
Penulis: Nuriz Aida
ISBN: 978-983-124-587-3

Sinopsis:  Demi insan yang melahir dan membesarkannya, Balqis cuba menunaikan impian mereka. Hubungan keluarga yang berantakan harus dipulihkan kembali walaupun jalannya berliku. Namun dia ‘teguh’ kerana ada Aiman, sahabatnya di sisi. Walaupun sedar Aiman tercipta untuk Tengku Alisya, persahabatan mereka tidak pernah tercalar. Ini kerana cinta Balqis berbunga untuk Hafizul. Tetapi ada sesuatu terdetik di hati Tengku Alisya dan Hafizul. Balqis serasi bersama Aiman. Dan Aiman sehati dengan Balqis. Mengapa hati mesti berbohong?


Novel - Alaf21 - Keluaran Ogos 2011 ~ 2


Harga:RM21.00
Halaman: 528
Penulis:
 Mila Yusof
 
Sinopsis:  Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.


Novel - Alaf21 - Keluaran Ogos 2011 ~1


Harga:RM22.00
Halaman: 536
Penulis:
 Liyana Zahim

 Sinopsis:  Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

Novel - Bukuprima - Keluaran Ogos 2011~3


Penulis: Eina Afrina
Harga: RM19.90
Halaman: 464 m/s

Sinopsis: Bukan keinginan Maizatul menerima Shahril, tapi itulah bukti pengorbanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Pun begitu, tiada permusuhan, tiada juga rasa benci membelenggu perkahwinan mereka. Mereka lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra. Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga masing-masing. Bagi Shahril, terlalu sukar meluah cinta di saat jiwa begitu egoistik. Dan Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.


Novel - Bukuprima - Keluaran Ogos 2011~2


Penulis: Aira Aliff
Harga: RM19.90
Halaman: 464

Sinopsis: Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?



Novel - Bukuprima - Keluaran Ogos 2011~1


Penulis: Amanda Aniqah
Harga: RM18.90
Halaman:  448

Sinopsis: Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?